Auto Beijing 2024 Pamer Perkembangan Terkini Industri Kereta
|
Auto Beijing 2024 menarik ramai orang datang berkunjung. (People’s Daily Online/Che Kemeng) |
Bertemakan "New Era, New Cars", Pameran Automotif Antarabangsa Beijing yang turut dikenali sebagai Auto Beijing edisi ke-18 sedang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa China (Chaoyang & Shunyi) sehingga 4 Mei ini.
Acara yang bermula pada 25 April itu dilihat menarik penyertaan kenderaan jenama dalam dan luar negeri yang mempamerkan produk terkini masing-masing.
Dimaklumkan, sebanyak 117 kereta baru membuat debut pada pameran itu dengan 30 daripadanya adalah keluaran syarikat multinasional. Turut sama dipamerkan adalah 41 kereta konsep dan 278 kereta tenaga baharu.