Duta China Lakukan Tinjauan Mesra ke Syarikat China di Filipina

( CRI ) Rabu 01 Mei 2024

Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian mengadakan tinjauan mesra ke tapak projek Transit Laju Bas Cebu (BRT) yang diusahakan syarikat China menjelang sambutan Hari Pekerja Antarabangsa.  

Di tapak pembinaan projek itu, Huang beramah-ramahan dengan pekerja China dan Filipina.

Beliau berkata syarikat China di Filipina perlu mengutamakan pembangunan dan juga keselamatan, meningkatkan kesedaran keselamatan, memperkasa sistem amaran awal serta usaha menangani cuaca ekstrem dan bencana alam, selain menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja barisan hadapan.  

Video

Berita Berkaitan