Xi Ucap Selamat Hari Pekerja

( CRI ) Rabu 01 Mei 2024

Presiden China Xi Jinping menyampaikan salam ikhlas kepada warga pekerja seluruh negara sempena sambutan Hari Pekerja Antarabangsa yang jatuh pada 1 Mei.

Xi berharap agar golongan berkenaan dapat melibatkan diri secara proaktif dalam memajukan pemodenan ala China dipacu pembangunan berkualiti, dan berusaha tanpa mengenal erti jemu ke arah membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa.

Beliau menekankan perlunya usaha dipergiatkan untuk memelihara hak dan kepentingan sah golongan pekerja, dan menggalakkan mereka merealisasikan impian yang dicitakan menerusi kesungguhan.

Video

Berita Berkaitan