China Lengkapkan Ujian Penyalaan Enjin Cecair Tujahan Terbesar

( Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian ) Selasa 30 April 2024
 China Lengkapkan Ujian Penyalaan Enjin Cecair Tujahan Terbesar
Enjin minyak tanah oksigen cecair ayunan belakang pam 130 tan berjaya melengkapkan tujahan terbesar dan ujian penyalaan yang paling kompleks. (Foto/CASC)

Enjin minyak tanah oksigen cecair pam 130 tan ayunan belakang, yang dibangunkan oleh Akademi Keenam Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC), berjaya menyelesaikan ujian penyalaan tujahan terbesar dan paling kompleks dalam sejarah pembangunan tenaga cecair China pada Ahad, dengan jumlah tujahan melebihi 500 tan.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama enjin minyak tanah oksigen cecair tujahan besar menggunakan ujian penyalaan selari empat enjin.

Dengan menggabungkan empat mesin enjin yang matang dari apek teknologi, ia bukan sahaja menjalankan ujian komprehensif kendiri, malah turut meletakkan asas kukuh terhadap penerbangan pertama roket baharu tahun ini.

Ujian penyalaan selari empat enjin bukan sekadar menggabungkan empat mesin bersama, tetapi juga boleh memberikan tujahan yang lebih besar untuk roket dan mengurangkan kerumitan sistem pada tahap tertentu.

Enjin ayunan belakang pam adalah sejenis enjin dengan peranti berayun dipasang di belakang, yang boleh mengurangkan kedua-dua ruang kerja enjin dan berat struktur enjin dengan berkesan.

Berbanding dengan enjin minyak tanah oksigen cecair 120 tan sedia ada, enjin ayunan belakang pam mempunyai tujahan yang lebih besar, prestasi yang lebih tinggi dan struktur yang lebih padat.

Justeru, sekiranya lebih banyak enjin boleh diletakkan dalam diameter roket yang sama, ia juga secara tidak langsung mampu meningkatkan kapasiti tampung roket dengan berkesan.

Untuk langkah seterusnya, enjin akan diproses dan akan dihantar untuk penggunaan penerbangan.

Memetik kenyataan CASC, bagi tahun 2024, gergasi angkasa lepas itu berazam untuk mengutamakan pembangunan enjin roket pepejal yang menjimatkan kos, enjin roket cecair siri YF-102 dan enjin boleh guna semula metana oksigen cecair YF-209, bagi memenuhi permintaan mendesak dalam pasaran komersial.

Video

Berita Berkaitan