Penarafan Kelulusan Kabinet Kishida Kekal Rendah

( CRI ) Isnin 20 Mei 2024

Penarafan kelulusan kabinet Jepun diketuai Perdana Menteri Fumio Kishida dicatat pada paras 20 peratus, susut dua mata peratusan berbanding bulan April.

Demikian menurut hasil tinjauan pendapat umum yang dijalankan akhbar Mainichi Shimbun Jepun di seluruh negara pada 18 hingga 19 Mei.

Tinjauan itu mendapati kadar sokongan terhadap kabinet Kishida kekal rendah selama 11 bulan berturut-turut dengan berada pada paras di bawah 30 peratus.

Video

Berita Berkaitan