Hayati Peradaban Cemerlang 5000 Tahun di Tapak Liangzhu

( Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian ) Sabtu 18 Mei 2024

“Tapak peninggalan Liangzhu merupakan bukti sejarah tamadun China selama 5,000 tahun dan juga satu khazanah peradaban dunia.”

Presiden China Xi Jinping menyatakan demikian dalam surat tahniah sempena perasmian Forum Liangzhu edisi pertama pada Disember 2023.

Terletak di daerah Yuhang, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, tapak peninggalan kota purba Liangzhu merupakan pusat kuasa dan kepercayaan budaya Liangzhu. Tapak tersebut disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO pada 2019. Liangzhu dulunya ialah sebuah bandar berskala besar di sekitar Lembangan Tasik Taihu di hilir sungai Yangtze, dan memiliki industri pertanian yang maju dan sistem pengairan yang lengkap.

Jom ikut wartawan People’s Daily Online ke tapak Liangzhu untuk menghayati peradaban cemerlang yang berusia 5,000 tahun.

Video

Berita Berkaitan