Bina Komuniti Berkongsi China-Arab Bertaraf Lebih Tinggi, Kata Xi

( CRI ) Jumaat 17 Mei 2024

China bersedia bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Arab bertaraf lebih tinggi, kata Presiden China Xi Jinping pada Khamis.

Beliau berkata demikian dalam surat tahniah kepada Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa selaku pengerusi bergilir Majlis Pemimpin Liga Arab (LAS) sempena perasmian Sidang Kemuncak LAS ke-33 di Bahrain.

Xi berkata, hubungan antara China dengan negara-negara Arab berada pada tempoh yang paling baik dalam sejarah. Beliau dan pemimpin-pemimpin negara Arab telah bersama menghadiri sidang kemuncak China-Arab pertama pada Dis 2022, merangka cetak biru komprehensif bagi perkembangan hubungan China-Arab, di samping melahirkan komitmen untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Arab bagi era baharu.

Memandang ke masa hadapan, menurut Xi, China bersedia bersama negara-negara Arab untuk memperkasakan hubungan persahabatan, membina komuniti berkongsi nasib China-Arab bertaraf lebih tinggi, dan menyumbang tenaga untuk pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Mesyuarat peringkat menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Arab akan diadakan di Beijing pada akhir bulan ini. Xi berharap kedua-dua pihak mengambil peluang daripada mesyuarat itu untuk memperkasakan kerjasama dalam pelbagai sektor dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan