China akan Bertindak Tegas Bela Hak dan Kepentingan Diri

( CRI ) Jumaat 17 Mei 2024

Pihak Filipina melanggar perjanjian dan persefahaman yang dicapai dengan China pada beberapa tahun kebelakangan ini, membelakangi semangat Deklarasi Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), kerap kali melakukan tindakan mencabuli kedaulatan dan provokasi, sehingga menegangkan situasi di rantau berkenaan.

Demikian dikatakan jurucakap Kementeria Luar China Wang Wenbin ketika mengulas situasi terkini di Laut China Selatan, dalam sidang media pada Khamis.

Menurut laporan, Jabatan Luar Filipina mendakwa akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas diplomat yang disyaki mencuai dalam menjalankan tugas diplomatik mereka. Terdapat media menganggap bahawa langkah tersebut berkaitan dengan teks rakaman suara mengenai situasi Terumbu Ren’ai yang diumumkan kedutaan besar China di Filipina pada minggu lalu.

Wang Wenbin mengatakan, China dan negara-negara ASEAN termasuk Filipina mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang erat, menandatangani DOC dan sedang mendorong perbincangan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) demi memelihara kestabilan di Laut China Selatan.

Sekiranya Manila tidak berhenti tindakan salahnya, maka China akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membela hak dan kepentingan sah sendiri.

Video

Berita Berkaitan