China, ASEAN Ikrar Pelihara Kedamaian dan Kestabilan LCS

( CRI ) Khamis 16 Mei 2024

Mesyuarat ke-43 Kumpulan Kerja Bersama China-ASEAN mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (43rd JWG-DOC) diadakan di Thailand pada 13 hingga 15 Mei.

Mesyuarat itu dihoskan bersama wakil Kementerian Luar China bagi urusan persempadanan dan laut, Tan Qingsheng dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Urusan ASEAN Kementerian Luar Myanmar, U Mang Hau Thang.

Para peserta telah bertukar-tukar pandangan tentang topik-topik seperti situasi di Laut China Selatan (LCS), kerjasama laut, dan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).

Para peserta bersetuju untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di LCS, melaksanakan DOC secara komprehensif, bertenang dan mengekalkan trend dialog, serta berusaha untuk mencapai kod tatalaku secepat mungkin.

Selain itu, bacaan kali ketiga usul kod tatalaku tersebut telah diadakan.

Video

Berita Berkaitan