Kawasan Taiwan Tak Layak Sertai WHA Tanpa Persetujuan Kerajaan Pusat China

( CRI ) Selasa 14 Mei 2024

Prinsip satu China merupakan trend pendapat umum di peringkat global dan hala tuju perkembangan sejarah. Keputusan China tidak membenarkan kawasan Taiwan menyertai Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) tahun ini memperoleh sokongan dan pemahaman meluas dari masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media pada Isnin.

Pendaftaran WHA ke-77 tamat pada Isnin dan pihak Taiwan tidak menerima undangan. Pihak berkuasa Taiwan dari Parti Progresif Demokratik (DPP) mendakwa bahawa ketidakhadiran Taiwan dalam WHA akan menyebabkan "jurang" di sistem pencegahan wabak antarabangsa.

Mengulas perkara tersebut, Wang Wenbin menyatakan bahawa hanya satu China di dunia. Republik Rakyat China (PRC) merupakan satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh China, sementara Taiwan ialah sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China.

Beliau berkata, pendirian China membabitkan penglibatan kawasan Taiwan dalam aktiviti organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah konsisten dan jelas, iaitu ia mesti berdasarkan prinsip satu China, sepertimana yang ditetapkan dalam resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi 25.1 WHA.

Wang menekankan bahawa kawasan Taiwan tidak mempunyai asas, sebab dan hak untuk menyertai WHA tanpa persetujuan kerajaan pusat China.

Video

Berita Berkaitan