Martabatkan Kuliah Etika & Patriotisme dalam Kurikulum Sekolah - Xi

( CRI ) Isnin 13 Mei 2024

Pendidikan dalam bidang etika dan patriotisme yang sejak sekian lama dijadikan satu keutamaan dalam agenda Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), patut dimartabatkan dalam kurikulum sekolah yang berpandukan ideologi negara sosialis yang bercirikan China pada era baharu, demi matlamat memupuk anak muda yang berbakat lagi bermoral tinggi.

Arahan demikian dibuat Presiden China, Xi Jinping mutakhir ini.

Hendaklah menggubal dan menyediakan siri buku teks yang lengkap untuk kegunaan sekolah pelbagai peringkat dari sekolah rendah ke universiti, yang menekankan pendidikan etika dan patriotisme berdasarkan teori Marxisme, dan berlatarbelakangkan pencapaian yang dilakar dalam pembinaan negara sosialis yang bercirikan China, kebudayaan tradisional, kebudayaan revolusi dan kebudayaan kontemporari di negara sosialis.

Selain itu, warga guru yang bertugas dalam bidang pendidikan etika dan patriotisme dikehendaki bersemangat patriotik, mempunyai persepsi yang baharu dan perspektif yang luas, selain berdisiplin dan berintegriti.

Video

Berita Berkaitan