Tauhu 1,500 Kg untuk Galakkan Pembajakan Musim Bunga

( Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian ) Khamis 14 Mac 2024

Pada 11 Mac, sekeping tauhu gergasi seberat 1,500 kilogram dipaparkan kepada orang ramai di bandar Yingde, provinsi Guangdong dalam satu majlis persiapan untuk pembajakan pada musim bunga.

 Majlis persiapan untuk pembajakan pada musim bunga diadakan di bandar Yingde, provinsi Guangdong pada 11 Mac. (Foto ihsan kaunti Jiulong.)

Majlis persiapan untuk pembajakan pada musim bunga diadakan di bandar Yingde, provinsi Guangdong pada 11 Mac. (Foto ihsan kaunti Jiulong.)

Difahamkan, kaunti Jiulong di bandar Yingde terletak di Koridor Hutan Yingxi Fenglin dalam zon batu kapur. Kawasan itu memiliki sumber air yang beralkali lemah, membentuk persekitaran unik untuk pengeluaran tauhu.

Pada majlis itu, wakil Persatuan Produk Kacang Soya Kaunti Jiulong menggunakan 400 kilogram kacang soya untuk membuat sekeping tauhu gergasi berukuran 3 meter panjang dan 3 meter lebar. Tauhu itu dibeli oleh tempat tarikan tempatan Pekan Hutan Yingxi Fenglin dengan harga 38,000 yuan (kira-kira 24,764 ringgit). Hasil lelongan akan digunakan untuk membiayai pendidikan tempatan.

 Foto ini menunjukkan tauhu seberat 1,500 kilogram yang dibuat oleh wakil Persatuan Produk Kacang Soya Kaunti Jiulong. (Foto ihsan kaunti Jiulong.)

Foto ini menunjukkan tauhu seberat 1,500 kilogram yang dibuat oleh wakil Persatuan Produk Kacang Soya Kaunti Jiulong. (Foto ihsan kaunti Jiulong.)

Video

Berita Berkaitan