Meninjau Pusat Mendaki Keqiao Yangshan

( Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian ) Jumaat 22 September 2023

Pusat Mendaki Shaoxing Keqiao Yangshan merupakan tempat khusus untuk penganjuran pertandingan mendaki Sukan Asia Hangzhou. Arena ini seluas 18,710 meter persegi. Dalam tempoh pertandingan bermula 3 hingga 7 Oktober, sebanyak enam pingat emas akan dianugerahkan kepada pemenang.

Dinding luar pusat menggunakan konkrit prestasi ultra UHPC yang diakui antarabangsa, mengambil bentuk “kepompong” dalam seni binanya, mencerminkan ciri-ciri industri tekstil tempatan Keqiao.

Acara mendaki yang akan dipertandingkan meliputi kategori boulder, lead, serta perlumbaan mendaki individu dan ganti-ganti.

Video

Berita Berkaitan